Sunday, 8 July 2012

RAHSIA KEJADIAN ADAM DAN HAWA

RAHSIA KEJADIAN ADAM DAN HAWA..
I'tibar Kehidupan : MENYELAMI RAHSIA KEJADIAN INSAN - ADAM DAN HAWA ! 
Tok Kelana..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
ADAM adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah jauh kemudian daripada kejadian alam semesta, puluhan ribu tahun selepas kejadian malaikat dan jinn, haiwan dan tumbuh-tumbuhan! 

Tetapi, makhluk yang dijadikan oleh Allah jauh kemudian, mengungguli sekalian makhluk lain sehingga sekalian makhluk lain itu di tundukkan oleh Allah kepadanya. 

MALAIKAT tidak mengetahui RAHSIA kejadian Adam, sehingga mereka membantah : "Apakah Engkau akan menjadikan orang yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi?" (tafsiran ulama ; kerana mereka ingin tahu bukan sebagai keingkaran) 

IBLIS juga tidak mengetahui RAHSIA Adam sehingga dia turut didalam bantahan terhadap Allah, tetapi menjadi kafir yang dilaknat oleh Allah! Iblis enggan sujud (hormat) kepada Adam. Keengkaran Iblis adalah kerana 2 perkara : Sifat Takabburnya bahawa dirinya lebih baik dari Adam. Kedua kerana kedengkiannya terhadap Adam. Kedua2 sifat ini di abadikan sebagai sifat tercela yang mencabar Ketuhanan sehingga Allah tidak memandang kepada orang yang memiliknya! 

Dari sudut lain, 

ADAM dijadikan sendirian, dikatakan oleh Allah "Aku menjadikan nya dari tanganKu sendiri". Sedangkan HAWA dijadikan oleh Allah daripada ADAM kemudiannya. (daripada tulang rusuknya) Mengapa demikian? Sedangkan Allah Maha Berkuasa menjadikan keduanya serentak, dimana Rahsianya? 

ADAM dijadikan dengan tubuh badan yang gagah, kuat, kasar dan tegap sedangkan HAWA dijadikan didalam bentuk lembut, kurang kekuatannya. Manusia mungkin berfikir; Apa salahnya HAWA pun dijadikan kuat dan gagah seperti ADAM? Jika dijadikan sama kuat tentu mudah untuk mengurus bumi? Tetapi ini berlawanan dengan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui. Apa Rahsianya? 

ADAM memiliki beberapa RAHSIA yang tidak di miliki dan tidak juga di ketahui oleh makhluk2 lain, termasuk Malaikat yang sentiasa beribadah kepada Allah. Apa RAHSIA ini yang menyebabkan ADAM menjadi lebih mulia daripada makhluk Allah yang lain? 

Pertanyaan terakhir : Siapa sebenarnya ADAM ini? 

Semoga Allah membimbing kita kepada kebenaran! 

========================================== @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
==========================================

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

RAHSIA KEJADIAN ADAM! 

Mengapa ADAM yang dijadikan jauh terkemudian daripada makhluk Allah yang lain menjadi makhluk yang sangat istimewa? 

Apa Rahsia perintah Allah menyuruh sekalian malaikat 'sujud' (tanda hormat) kepada ADAM? 

Siapa sebenarnya ADAM?

RAHSIA PERTAMA : Hadirnya Ruh Muhammad – didalam sulbi ADAM! 

Sebelum di jadikan ADAM, junjungan Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah seorang Nabi. 

Berkenaan dengan Firman Allah ini…. 

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
 
Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud 

قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا

[Asyuara : 219] 

Ibnu Abbas mentafsirkan :
Ruh Muhammad dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda (Nabi Muhammad) sebagai Nabi (akhir zaman). 

Dari “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan: 

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
وَقَوْله تَعَالَى " وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ قَتَادَة " الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ فِي الصَّلَاة يَرَاك وَحْدكوَيَرَاك فِي الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَة وَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَرَى مِنْ خَلْفه كَمَا يَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد لِهَذَا مَا صَحَّ فِي الْحَدِيث " سَوُّوا صُفُوفكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي " وَرَوَىالْبَزَّار وَابْن أَبِي حَاتِم مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُ قَالَ فِي هَذِهِ الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْب نَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا .
 
Firman Allah Ta'ala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud. Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah. Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah صلى الله عليه وسلم boleh melihat orang di belakang Baginda sebagaimana ia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’.Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) Nabi.

Di tempat lain Ibnu Abbas mentafsirkan “”شَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُ” pada ayat 35, Surah An-Nur sebagai “Nur Muhammad” pada sulbi bapa-bapa kamu, seperti berikut : 

{ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ٱلْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لاَّ شَرْقِيَّةٍ وَلاَ غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيۤءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلَيِمٌ } 
Allah then mentioned the honour and blessings that He had bestowed upon the believers, saying: (Allah is the Light of the heavens and the earth) He is the guide of the dwellers of the heaves and earth. Guidance from Allah is of two types: clarification and making things known; it is also said that the verse means: Allah is the embellisher of the heavens by means of the stars and the embellisher of the earth by means of plants and water; it is also said that this means: Allah enlightens the hearts of the believers among the dwellers of the heavens and the earth. (The similitude of His light) the light of the believers; it is also said that this means: the light of Allah in the heart of the believer (is as a niche wherein is a lamp. The lamp is in a glass) made of gems. (The glass is as it were a shining star) one of the following five planets: Mercury, Jupiter, Venus, Mars and Saturn. All these planets are luminous. ((This lamp is) kindled from a blessed tree) from the oil of a blessed tree, (an olive neither of the East nor of the West) in an open space, not touched by the shade of the East nor by the shade of the West; it is also said that this means: in a location which is untouched by the sun when it rises and when it sets, (whose oil) the oil of the tree (would almost glow forth (of itself)) from behind its rind (though no fire touched it. Light upon light) the lamp emits light and the glass emits light and the oil emits light, (Allah guideth unto His light) Allah honours with knowledge; it is also said that this means: Allah honours with His religion (whom He will) whoever deserves it; it is also said that the verse means: the likeness of the light of Muhammad in the loins of his forefathers is like this, up to Allah's saying (… kindled from a blessed tree). He says: the light of Muhammad in Abraham was an upright religion (olive tree), and Abraham was neither Jew nor Christian (neither of the East nor of the West), the works of Abraham would almost glow forth in the loins of his forefathers like this (would almost glow forth (of itself)), up until Allah's saying (kindled from a blessed tree) He says: as if it is the light of Muhammad (pbuh) and if Abraham was not a prophet, he would still have this light (though no fire touched it); it is also said that the latter passage means: Had Allah not honoured Abraham, he would not have had this light; it is also said: if Allah had not honoured His believing servant with this light, he would not have had it. 
[* تفسير Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs]

Keterangan dari Hadith: 

“Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) 

Baginda juga bersabda, 

“Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Juga Baginda bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah. 

Imam Ahmad bin Hanbal berkata telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi, telah menceritakan kepada kami Manshur bin Sa'd dari Budail dari Abdullah bin Syaqiq dari Maysarah Al Fajr dia berkata; aku bertanya; "Wahai Rasulullah, Bilakah engkau dicatat sebagai seorang Nabi?" Baginda bersabda: "Ketika Adam 'alaihis salam antara Ruh dan Jasad." (Imam Ahmad) 

Daripada penjelasan ayat-ayat di atas, fahamlah kita, ADAM menjadi sangat istimewa kerana menanggung awal2 makhluk dan afdhalun makhluq, Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Sallam didalam sulbinya.

............................................ 

RAHSIA KE 2: Allah Ta’ala memperkuatkan ADAM dengan RuhNya (Ruhul Quddus). 

Firman Allah Ta’ala : 

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى 

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya RuhKu ……….”[As-Saad, 38 :72]
 
Berkata Ibnu Abbas رضي الله عه pada mentafsirkan ayat “Aku tiupkan padanya RuhKu, 

“Allah Ta’ala memasukkan dalam diri ADAM akan RuhNya (Ruhul Quddus)” 

Imam Jilani رضي الله عه, membawakan gambaran “Ruh” istimewa ini didalam kalam hikmah beliau : 

Allah Ta’ala mula-mula mencipta atau menzahirkan Ruhul Quddus (Ruh Suci) dalam bentuk makhluk menerusi penzahiran paling sempurna dalam peringkat Alam Ketuhanan Zat Yang Maha Tinggi. Kemudian Allah Ta’ala menghendaki bahawa Ruh itu turun ke alam fana’ ini diperingkat paling rendah iaitu Alam Ajsam. (Alam jisim/kebendaan/ alam dunia nyata- pent).

“Allah menghantarkan Ruh Suci itu kedalam diri para Rasul, Nabi, Wali Allah dan kekasih-kekasihnya! Bersama Ruh suci itu telah disediakan dalam dirinya benih-benih Keesaan (Tauhid) supaya ia sentiasa mengenali Penciptanya yang Maha Esa!
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar] 

Imam Jilani رضي الله عه melanjutkan bicara berkenaan kedudukan Ruhul Quddus serta ruh-ruh yang lain: 

“Allah mencipta badan untuk di masuki ruh dan menetap didalamnya. Masing-masing ruh pula ada nama masing-masing. Allah Ta’ala susun ruang-ruang didalam badan itu. Diletakkannya ruh manusia antara daging dan darah. Diletakkannya pula Ruhul Quddus (Ruh Suci) di tengah-tengah hati, dimana di sediakan oleh Allah suatu ruang yang seni dan halus untuk menyimpan rahsia di antara Allah dan hambaNya.” 
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar]

Sesungguhnya Ruhul Quddus (Ruh Suci) adalah anugerah Allah Ta’ala kepada manusia2 pilihan Allah. Mereka adalah Rasul, Anbiya dan Aulia Allah. Melaluinya mereka taqarrub (hampir) dengan Allah, mushahadahkan (melihat dengan Ruhul Quddus) WajahNya Yang Maha Agung. Tiada yang membatasi di antara mereka dengan Allah. Tiada juga Malaikat Muqarrabin. 

Anda melihat lagi ini satu keistimewaan ADAM! Tiada suatu pun makhluk Allah yang lain diberikan anugerah sedemikian rupa!

--------------------------- 

RAHSIA KE 3 : ADAM Agungkan Allah dengan Nama-Nama Allah Yang Indah (Asma’ul Husna) 

ADAM mengagungkan serta mensucikan Allah dengan sekalian Asma’ Allah Yang Maha Tinggi.–suatu hal yang tidak dapat dilakukan oleh Malaikat kerana mereka (malaikat) tiada mempunyai pengetahuan tentang itu. Sedangkan bagi ADAM ianya suatu hal yang sangat mudah kerana sekalian Asma’ Allah itu telah dilengkapkan oleh Allah didalam dadanya sebagai salah satu Rahsia Ketuhanan. . 

Hal ini dijelaskan oleh Imam Al-Kabir Shaikh Muhyiddin Ibnu Arabi : 

“Para Malaikat tidak memperoleh kelengkapan ADAM, dan tidak memahami Asma’ Ilahi kerana ianya asing bagi mereka. Maka tiadalah mereka dapat mensucikan Allah serta mengagungkanNya dengan segala Asma’ Ilahi. [Futuhatul Makkiyyah, Fusus Hikam] 

Bahkan Malaikat juga tiada mengetahui benda2 di dunia ketika Allah Ta’ala menyruruh mereka menyebut nama-nama tersebut. 

Allah Ta’ala mengajarkan ADAM akan nama-nama semua benda-benda di dunia termasuk nama-nama tumbuh-tumbuhan, haiwan serta sekalian jamadat serta kegunaannya, sehingga ADAM dapat menguasainya dengan baik, maka Allah Ta’ala berpaling kepada Malaikat lalu memerintah supaya mereka (malaikat) menyebutkan nama benda-benda yang telah dijadikan. 

Para Malaikat tak dapat menyebutkannya sedangkan ADAM menyebutnya satu persatu dengan jelas!

* Dari Tafsir Ibnu Abbas, تفسير Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs 
_______________ 

{ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ }
 
(And He taught Adam all the names), the names of all his progeny, or the names of all the beasts and other things, including: a cooking pot, a plate and saucer, (then showed them) to prove that they were wrong (to the angels) who were commanded to prostrate, (saying: Inform Me of the names of these) created beings and descendents, (if ye are truthful) in your first claim. [Al-Baqarah :31]

Banyak perkara2 ghaib di ketahui oleh Malaikat. Namun mereka tidak dapat menandingi pengetahuan ADAM yang di lengkapi dengan Rahsia Ma'rifat Ketuhanan!

------------------------- 

RAHSIA KE 4: ADAM adalah cermin Ketuhanan!

Menghuraikan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم : 

"Mukmin adalah laksana cermin bagi Mukmin yang lain!

Imam Jilani رضي الله عه berkata : 

"Mukmin yang pertama itu sebagai cermin, yang di maksudkan daripadanya ialah hati yang suci bersih bagi Mukmin itu sendiri. Maksud Mukmin kedua ialah Zat Allah Ta'ala yang dapat di kenali dalam cermin itu, iaitu satu kurnia yang utama yang hanya diberikan kepada kekasihnya sahaja. Bukankah salah satu nama-namaNya yang indah ialah Al-Mukmin?"

Mesej yang cuba disampaikan oleh Imam Jilani adalah : Mukmin sejati sebagai cermin yang menangkap pancaran cahaya Ketuhanan sehingga dapat memahami rahsiaNya dan menjadi sangat hampir dengan Allah!.

RAHSIA KE 5 : ADAM (ruhnya) dapat melewati Sidratul Muntaha hingga ke Arasy. 

ADAM mengenal Allah dengan sebenar kenal dan ubudiyyah kepada Nya dengan ubudiyyah yang sempurna. Tiada batas, tanpa had, tanpa jarak hanya semata-mata melihat Wajah Allah Ta'ala . Sedangkan Malaikat tiada dapat melakukkan sedemikian kerana mereka tertahan pada pada Sidratul Muntaha! 

Keadaan ini di jelaskan didalam peristiwa Isra’ Mi’raj. Setibanya di Sidratul Muntaha, berkata Jibril kepada Nabi صلى الله عليه وسلم : “Aku tak dapat lagi bersama engkau Ya Muhammad. Jika aku maju satu langkah sahaja nescaya aku akan terbakar hangus.” Sedangkan Nabi صلى الله عليه وسلم meneruskan perjalanan Mi’raj Baginda bersendirian tanpa sebarang halangan sehingga akhirnya tahiyyat di hadapan Rabbul Jalil di Arasy. 

Ini memberikan gambaran yang sangat terang akan maqam Rasul, Nabi dan Aulia Allah mengatasi sekalian Malaikat termasuk malaikat Muqarrabin.

catitan : Mi'raj dengan jasad dan ruh terkhusus bagi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sementara bagi Rasul2, Nabi dan Aulia Allah adalah Mi'raj itu semata-mata perjalanan 'ruh' 

RAHSIA KE 6 : ADAM sebagai Khalifah Allah 

Ini merupakan 'mesej' paling penting daripada penciptaan ADAM. Bahkan ianya juga 'mesej' segala Anbiya dan Aulia Allah yang di zahirkan di atas muka bumi!. 

Sekalian keistimewaan yang Allah Ta'ala lengkapkan pada ADAM termasuk rahsia kejadian HAWA adalah bagi penyempurnaan 'AMANAH' ini yakni amanah KHALIFAH - menjadi wakil Allah mengurus dan mentadbir bumi!

Akan datang sambungan dan huraian ...... 

RAHSIA ADAM sebagai KHALIFAH dan RAHSIA HAWA sebagai pembantu setianya bagi memenuhi Amanah Allah! 
Insya Allah!

============================================== 
==============================================

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

RAHSIA (HIKMAH) KEJADIAN HAWA

Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam berpasang-pasangan. Setiap sesuatu darinya menyempurnakan segala TaqdirNya! 

Apabila kita bicarakan RAHSIA ADAM, maka tiada sempurna tanpa menyentuh RAHSIA HAWA yang merupakan sebahagian dari ADAM! Walaupun kelihatan usaha2 memadamkan kebenaran ini, namun mereka tidak akan berjaya.

Apakah hikmahnya kejadian HAWA? 
Adakah penciptaannya memenuhi hajat ADAM? 

Mengapa HAWA dijadikan berasingan? 
Apa rahsianya kejadian HAWA di kemudiankan? 

Apakah rahsianya HAWA dijadikan penuh kelembutan? 
Mengapa HAWA tidak dijadikan seperti ADAM yang gagah dan kasar kulitnya?

RAHSIA (HIKMAH) PERTAMA : HAWA di ciptakan dari tulang rusuk ADAM!

Firman Allah : 

يَـأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُمْ مِّن نَّفْسٍ وَحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَآءً وَاتَّقُواْ اللَّهَ الَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِ وَالاٌّرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً 

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
[An-Nisa, 4: 1]
 
Perhatikanlah baik-baik kisah kejadian manusia ini di bahagikan kepada 2 : 

Pertama : Permulaan kejadian manusia. Iaitu ciptaan ADAM dari tanah dan dari ADAM di ciptakan HAWA! 

Para Ulama Mufassirin memahami kata Nafsan Wahidah pada kata.. 

خَلَقَكُمْ مِّن نَّفْسٍ وَحِدَةٍ -dari jiwa yang satu sebagai merujuk kepada ADAM! 

Sementara Zaujaha pada lafaz 

وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا 

menunjukkan kepada HAWA.

Kedua : Kejadian manusia seterusnya adalah hasil hubungan dan cantuman benih ADAM dan HAWA... melahirkan zuriat keturunan lelaki dan perempuan. 

apabila Allah Ta'ala menyatakan ... 

وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَآءً
 
yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan

Seterusnya para Ulama Mufassirin juga mentafsirkan Kalimat Allah ... 

"dan darinya (ADAM) di ciptakan HAWA" 

sebagai tulang rusuk ADAM. 

Pegangan ini di kuatkan dengan Hadis Sahih : 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam: 

:"Saling berpesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, kerana
mereka diciptakan dari tulang rusuk, sesungguhnya tulang rusuk
yang paling bengkok adalah yang paling atas. kalau engkau
luruskan tulang rusuk yang bengkok itu, engkau akan
mematahkannya, tapi kalau engkau biarkan ia akan tetap bengkok”.
(Bukhari dan Muslim) 

Para Ulama2 Arifin Billah, seluruh Ulama2 Mufassirin di antaranya yang sangat alim didalam Ilmu Tafsir - Al-Qurtubi, Tabari, Ibnu Kathir, Jalaluddin As-Sayuthi dll bahkan seluruh Ulama2 yang terpercaya sepanjang zaman telah mengakui hakikat ini berdasarkan petujuk Ilahi yang di kuatkan kebenarannya oleh Hadis Nabi.! 

Maka tidak perlulah lagi dipertikaikan lagi hakikat ini kerana para Ulama Mufassirin yang sangat alim dan 'thiqah' didalam Ulumul Qur'an, Sirah Nabawiyyah, ratusan ribu Hadis Nabi, periwayatan kisah2 Nabi terdahulu, Asbabun-NuzulIlmu Nahwu-Sarf, berbgaia lughah bahasa Arab dan lain2 syarat bagi seseorang Mufassir.! 

Apalagi kenyataan ini di kuatkan oleh Ulama2 Arif Billah seperti Shaikh Ibnu Arabiy, Imam Jilani, Imam Ghazali dan lain-lainnya Ulama2 Ahlus Sunnah yang hebat2 sepanjang zaman!. 

Adalah suatu perkara yang menghairankan beberapa "orang muda" zaman ini, baru membaca beberapa hadis Nabi cuba mempertikaikan segala keterangan Hadis Sahih dan keterangan Ulama darihal kejadian HAWA dari tulang rusuk ADAM!!! . 

Walhal mereka itu (golongan muda itu) tiada mengetahui segala cabang Ilmu2 Islam dan tidak pula memenuhi syarat sebagai Mufassir

Maka perbuatan golongan 'muda' ini adalah mengundang bencana kepada diri sendiri kerana cuba mentafsir Al-Qur'an tanpa memiliki Ilmu dan tiada juga menurut 'methodology" mentafsir Al-Qur'an Kalamullah! Akibatnya sentiasalah mereka didalam kebinasaan - mereka merosakkan diri mereka sendiri dan merosakkan pula manusia2 lain! Wal Iyazubillah!

Sepatutnya kita memerhatikan apakah Rahsia tersirat di sebalik penciptaan HAWA daripada diri ADAM. 

Bagi mereka yang mempunyai matahati akan melihat betapa penciptaan HAWA dari ADAM ini mempunyai terlalu banyak hikmahnya. Salah satu yang dapat diselami adalah dengan tercptanya HAWA dari ADAM mencetuskan hubungan yang sangat rapat dan cinta antara keduanya. ini terbukti ketika ADAM sedar dari tidurnya, didapati HAWA berada di sisinya lalu timbul keinginan cinta kasih ADAM kepada HAWA. Demikian pula timbul perasaan yang sama dari HAWA kepada ADAM. Tapi Allah Ta'ala menegah ADAM dari menghampiri HAWA sebelum di nikahkan secara sah! 

Imam Al-Kabir Syaikh Ibnu Arabiy mentafsirkan penciptaan HAWA dari ADAM dan hubungan cinta kasih di antara keduanya dan hubungan nilai2 spiritual didalam 'cinta' suci ini dengan cinta kasih Ilahi didalam penciptaan makhluknya dalam suatu metafora yang sangat menarik!.

"Allah Ta'ala menciptakan insan dari sifat KasihNya. Dia sangat rindu pada insan2 yang dikasihiNya. Dia ingin supaya mereka mengenaliNya dan kembali padaNya. Imam Al-Kabir menyatakan bahawa ini adalah kerinduan Allah Ta'ala pada DiriNya sendiri!

Allah Ta'ala mengeluarkan dari lelaki sebuah wujud pada citranya yang disebut wanita dan kerana wanita tersebut muncul pada citra lelaki, sang lelaki merasakan kerinduan yang mendalam padanya, sebagai suatu kerinduan pada dirinya sendiri. sedangkan sang wanita merasakan kerinduan pada sang lelaki sebagai seorang yang rindu pada yang merinduinya." 

(Fusus Hikam -Ibnu Arabiy) 

RAHSIA (HIKMAH) KE 2 : HAWA di jadikan kemudian daripada ADAM! 

ADAM di jadikan terlebih dahulu. Kemudian baru dijadikan HAWA dengan mengambil sebahagian diri ADAM. 

Hikmahnya adalah menunjukkan ketinggian dan kelebihan ADAM berbanding dengan HAWA. Ini juga sebagai lambang AMANAH KHALIFAH dan AMANAH PEMIMPIN yang akan di bicarakan nanti, Insya Allah! 

LELAKI BERIMAN MENANGGUNG AMANAH BESAR! 

Semoga Allah Ta'ala memimpin kita kepada kebenaran! 

Khalifah Allah yang awal 

Telah diketahui Adam menanggung AMANAH yang besar! 

Iaitu Amanah Khalifah! 
Iaitu Amanah Islam dan Iman! 
Iaitu Amanah “La-Ilaha Illallah” 

Suatu amanah yang tak mampu di pikul oleh bumi, langit dan gunung ganang. 

إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً 

“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. “ (Al-Ahzab, : 72) 

Ini isyarat dan peringatan bahawa AMANAH ini suatu yang sangat berat. Maka ADAM wajib menanggung dan menyempurnakan AMANAH ini dengan penuh kesungguhan. Jika ADAM berjaya menunaikan AMANAH ini dengan sempurna sebagaimana perintah Allah Ta’ala, maka berjayalah beliau didalam “missi” nya sebagai KHALIFAH. Sebagai ganjarannya beliau akan di anugerahkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala. Jika beliau gagal beliau akan menerima azab yang sangat berat pula! 

Ini yang di isyaratkan oleh Allah dengan KalamNya : 

“Sekiranya engkau berbuat ihsan niscaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat niscaya engkau akan dihukum.” (Hadis Qudsi dari Ibnu Abbas) 

AMANAH ini mengatasi sekalian amanah yang di pikulkan ke atas manusia. Betapa tidak, inilah AMANAH yang di pikulkan ke atas semua Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi terdahulu sehinggalah kepada junjungan besar Sayidina Wa Maulana Muhammad صلى الله عليه وسلم. 

Maka pada Hakikatnya, 

AMANAH ini adalah amanah Ke-Rasulan dan Ke-Nabian….! 

Tiadalah manusia yang lebih mulia dan lebih tinggi daripada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi. Mengapa Rasul2 dan Nabi2 menduduki tahta kemuliaan di sisi Allah Ta’ala.? Mengapa mereka di lebihkan daripada manusia2 lain? Mengapa mereka di jadikan kekasih2 Allah di atas muka bumi? 

Tidakkan anda perhatikan semua yang demikian itu kerana mereka di pikulkan dengan AMANAH yang besar ini; 

AMANAH KHALIFAH ALLAH ATAS MUKA BUMI….! 

Khalifah sesudah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 

Telah terdahulu ketentuan Ilahi bahawa Junjungan Besar Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah Khatamul-Anbiya - yang tiada lagi Rasul atau Nabi sesudah Baginda. 

Maka tugas dan kerja Rasul ini berpindah kepada Ummat Nabi صلى الله عليه وسلم . Ummat Muhammad ini yang di wajibkan memikul AMANAH ini. Mereka wajib menjadi pengganti2 Nabi didalam mendirikan Syiar Islam, mereka wajib berda’wah, mereka wajib melakukan penyucian diri, mereka wajib berkhalwah dan beruzlah (beberapa ketika) bagi memperoleh kekuatan untuk memikul AMANAH ini…..! 

Adakah mereka akan memikulnya? 

Adakah mereka sanggup menjadi pengganti2 Nabi? 

Secara khusus, 

Pengganti Nabi صلى الله عليه وسلم didalam mendidik, mengasuh dan berda’wah kepada Umamat ini adalah kewajipan Ulama2 Pewaris Nabi yang siddiq. Merekalah KHALIFAH2 Allah kemudian daripada Nabi kita. Mereka adalah para Wali Allah yang telah masyur nama2 mereka di sepanjang zaman. Sila rujuk….. 

http://sejuta-muslim.blogspot.com/search/label/A1-%20ULAMA%20PEWARIS%20NABI%20SEBENAR 

Secara umumnya, 

Semua Lelaki beriman adalah bertanggungjawab di dalam menunaikan AMANAH ini. Mari kita melusuri kalimah Allah …..

Firman Allah Ta’ala:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ فَالصَّـلِحَـتُ قَـنِتَـتٌ حَـفِظَـتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّـتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً
 
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
( سورة النساء , An-Nisa, 4: ayat 34)

Telah muafakat para Mufassirin pada mentafsirkan ayat di atas, bahawa Tugas dan Jabatan Kepimpinan adalah terkhusus kepada lelaki semata-mata. Samada kepimpinan itu pada peringkat kampung, daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa, semua ini adalah AMANAH yang di pikulkan atas Lelaki. Dan di tegah wanita menjadi pemimpin pada semua itu.

Berkata Al-Qurtubi: 

Kalam Allah, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan…” bermaksud mereka membelanjakan harta atas wanita dan menjaga mereka, dan juga lelaki adalah pemerintah dan pemimpin dan menyertai jihad peperangan. Semua ini tiada satu pun daripadanya tugas wanita. 

Berkata Ibnu Kathir, 

Kata2 “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan…” bermaksud lelaki bertanggungjawab atas wanita; dia adalah pemimpin, pemerintah atas dia serta mendidiknya jika dia menyeleweng (daripada kebenaran) 

Diperhalusi maknanya, ini adalah AMANAH kepimpinan kepada lelaki. Seorang lelaki bertanggungjawab memimpin anak isterinya, keluarganya, jiran tetangga dan seluruh Ummat Muslimin. 

Tugas paling awal adalah memimpin dan mendidik anak isterinya sebagaimana penegasan oleh Allah Ta’ala :

Firman Allah : 

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ قُواْ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَّ يَعْصُونَ اللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
 
“Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
( سورة التحريم , At-Tahrim,66 : ayat 6)
 
Di fahami dari ayat ini sebagaimana Tafsiran para Ulama, Allah Ta’ala memerintahkan lelaki menjadi pemimpin keluarga nya , memelihara serta melindungi ahli keluarga mereka daripada api neraka! Ayat ini membawa makna seorang lelaki menggalas AMANAH yang besar. 

Kepimpinan awal seorang lelaki beriman adalah terhadap anak isterinya. 

Dia terlebih dahulu wajib memeriksa dirinya, taubat kepada Allah Ta’ala, meninggalkan ma’siat dan menta’ati semua hukum Allah Ta’ala. 
Kemudian dia wajib pula mendidik dan mengasuh anak isteri mereka dengan Iman dan Islam. Dia wajib memberikan kasih sayang dan membimbingnya kepada Allah Ta’ala! Mudah-mudahan dengan mereka menyempurnakan AMANAH ini mereka akan terpelihara daripada azab api neraka! 

Dari Tafsir Ibnu Kathir…… 

Berkata Ali bin Abi Talhah daripada Ibnu Abbas, 

﴿قُواْ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً﴾
 
Bermakna bekerjalah didalam ketaatan kepada Allah dan jauhi penderhakaan kepadaNya dan perintahkan ahli keluarga kamu untuk mengingati Allah, dengan demikian Allah Ta’ala akan selamatkan kamu dari api neraka! 

Berkata Mujahid : 

﴿قُواْ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً﴾
 
Makna ayat “(Bertaqwa lah kepada Allah. Dan perintahkan ahli keluarga kamu untuk taqwa kepadanya. 

Berkata Qatadah : 

Allah memerintahkan kepatuhan kepadaNya dan melarang penderhakaan kepadaNya. Dia (lelaki) memerintahkan ahli keluarganya untuk mematuhi semua hukum (agama) dan membantu mereka mematuhi semua perintah Allah. 

Ad-Dahak dan Muqatil mengatakan : 

Menjadi kewajipan kepada seorang Muslim (lelaki) untuk mengajar ahli2 keluarganya yang dekat dan lelaki dan wanita hamba2 mereka mengenai perkara2 kewajipan dan apa2 yang terlarang bagi mereka. 

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi) 

AKIBAT KHIANAT PADA AMANAH! 

1. Seorang lelaki diperintahkan melihara dirinya dan anak isterinya dari api neraka
2. Seorang lelaki wajib memberi nafkah isteri dan anak2nya. 
3. Seorang lelaki diperintahkan memimpin keluarga nya kepada Allah dan RasulNya. 
4. Seorang lelaki di wajibkan berda’wah kepada keluarganya yang terdekat, sahabat2nya, jiran2 nya dan masyarakat seluruhnya. 
5. Seorang lelaki di wajibkan berjihad di medan peperangan melawan golongan kafir.. apabila sampai masanya) 
6. Seorang lelaki di perintahkan mendirikan hukum2 Allah di seluruh pelusuk dunia melalui pemerintahan. 

Mana-mana lelaki yang tidak menunaikan AMANAH tersebut, maka mereka termasuk pengkhianat agama, perosak agama dan peruntuh agama! 

Umpamanya lelaki beriman yang tidak menafkahi isterinya adalah khianat kepada perintah Allah. 

Lelaki beriman yang tidak melakukan amar ma’ruf nahyi anil mungkar (menurut kuasanya), dia adalah khianat kepada AMANAH! 

Lelaki beriman yang tidak melakukan da’wah kepada keluarganya, masyarakatnya adalah khianat kepada AMANAH! 

Lelaki beriman (yang menjadi Pemerintah) yang tidak mendirikan hukum-hukum Allah adalah khianat kepada AMANAH! 

Yang terakhir itu merupakan pengkhianat terbesar bagi Allah dan RasulNya dan juga pengkhianat terbesar bagi seluruh Ummat kerana perbuatan khianat ini bukan sahaja mengenai dirinya, atau keluarganya tetapi ia meliputi seluruh Ummat. 

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : 

“Setiap pengkhianat memiliki bendera pada bagian belakangnya pada hari khiamat nanti, yang akan ditinggikan (bendera tersebut) sesuai dengan kadar pengkhianatannya yang dilakukan. Ingatlah, tiada pengkhianatan yang melebihi pengkhianatan oleh para pemimpin masyarakat” (Muslim) 

Peringatan umum kepada yang lain2 : 

Allah Ta'ala berfirman,

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَـنَـتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kalian mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kalian, sedang kalian mengetahui.” (Al-Anfâl : 27) 

Abu Dzar berkata: 

“Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menjadikanku sebagai pegawai (yang memegang satu jabatan)?” Kemudian Baginda menepuk pundakku dan bersabda “Hai Abu Dzar, sungguh kamu ini seorang yang lemah dan jabatan itu amanah. Pada Hari Kiamat nanti, jabatan itu menjadi kehinaan serta penyesalan, kecuali bagi orang yang melaksanakannya secara benar dan menunaikan semua kewajibannya” (Muslim) 

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, 

“Allah berfirman,Ada tiga kelompok manusia yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat nanti. Seorang yang diberi amanah kepemimpinan, lalu berkhianat, seorang yang menjual orang yang merdeka dan memakan hasil penjualannya, seorang yang mempekerjakan seorang buruh. namun saat buruh itu meminta haknya, maka dia menolak memberikan upahnya” ( Bukhari) 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ 

“Empat perkara, seseorang yang memilikinya, dia adalah seorang munafiq sejati. Dan orang yang memiliki sebagiannya, dia memiliki bagian dari kemunafikan hingga meninggalkannya: jika diamanahi dia berkhianat, jika berkata berdusta, jika berjanji mengingkari, dan jika bersengketa berbuat jahat.” [Bukhari dan Muslim] 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 

لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ 

“Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janji.” [ Ahmad ] 

TUGAS DAN AMANAH WANITA (ISTERI).......! 

Bismillah... 

Anda telah mengetahui kedudukan seorang lelaki (suami)! 
anda telah mengetahui tanggungjawab dan amanah seorang lelaki (suami)! 
Anda telah mengetahui AMANAH yang di pikulkan ke atasnya adalah AMANAH Iman dan Islam.! 

Maka….. 
Apa pula kewajipan dan tanggungjawab seorang wanita (isteri) yang telah di jadikan oleh Allah Ta'ala sebagai pasangannya? 

Telah di bicarakan sebelum ini, 

Wanita yang merindui lelaki disebabkan ingin kembali kepada ‘diri’nya yang asal, dijadikan suatu kenyataan melalui aqad nikah yang sah. Maka bersatulah wanita dengan ‘induk’nya secara halal sebagai sepasang suami isteri yang di redhai oleh Allah Ta’ala. Di sini timbul pertanyaan…. 

Apa tujuan ‘penyatuan’ ini? 

Apakah maksud di sebalik ‘penyatuan’ ini? 

Adakah maksud ‘penyatuan’ ini sekadar melepaskan kerinduan lelaki kepada wanita dan wanita kepada lelaki? 

Atau adakah maksudnya sekadar memenuhi tuntutan naluri nafsu syahwatnya? 

Sememangnya ini salah satu tujuan ‘penyatuan’ ini, tetapi persoalannya adakah ini tujuan dan matlamat utama di sebalik semua susunan Allah Ta’ala ini? 

Jika manusia Muslim berfikir dan terhenti pemikirannya pada andaian bahawa tujuan dari sebalik semua ini hanya sekadar melepaskan rindu dan syahwat (walaupun di benarkan secara halal) maka di mana perbezaannya dengan haiwan yang mempunyai tujuan yang sama? Kemudian apa pula perbezaannya dengan orang2 bukan Islam yang juga melakukan perkara yang sama? 

Tidak! Sama sekali tidak! Kita jangan di kelirukan oleh penyeru-penyeru kepada kesesatan! 

Sesungguhnya rahsia HAWA dijadikan daripada sebahagian ADAM mempunyai signifikasi yang sangat besar didalam penyempurnaan AMANAH yang telah di bicararakan sebelum ini. 

Oleh kerana ADAM telah di beri AMANAH Iman dan Islam, demikian pula seluruh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Allah, demikian pula semua LELAKI yang MU’MIN maka rahsia ‘penyatuan’ lelaki dan wanita (melalui aqad nikah yang sah) adalah untuk penyempurnaan AMANAH besar ini……! 

Dengan demikian, menyedari akan dirinya sebagai WANITA (isteri) yang dijadikan untuk suaminya, maka sudah pasti tugas utamanya adalah membantu menyempurnakan AMANAH ini. 

Seorang wanita (isteri) yang baik adalah yang TA'AT Allah kemudian pada suaminya sebagaimana yang di isyaratkan oleh Allah Ta'ala..... 

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ فَالصَّـلِحَـتُ قَـنِتَـتٌ حَـفِظَـتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّـتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً 

فَالصَّـلِحَـتُ قَـنِتَـتٌ
 
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),...... 

Sekiranya seseorang WANITA (isteri) telah sedar akan hakikat kejadiannya serta hakikat keutamaan yang diberikan oleh Allah kepada LELAKI (suaminya), maka dia akan merendahkan dirinya untuk menjadi penyokong dan pendokong utama suaminya. 

Sekiranya seseorang WANITA (isteri) telah sedar akan sifat kepimpinan yang di amanahkan kepada LELAKI (suaminya), maka dia akan bersedia dengan segala kelapangan hatinya untuk di pimpin. 

Sekiranya seseorang WANITA (isteri) sedar betapa besar AMANAH yang yang terpikul atas bahu LELAKI (suaminya), dia akan setia bersama suaminya bagi menjayakan missinya. 

Sekiranya WANITA (isteri) sedar akan semua ini, maka dia akan menjadi WANITA (isteri) yang ta’at kepada suaminya. Setiap perkataannya akan di patuhinya, setiap kehendak suaminya adalah kehendaknya. Setiap kemahuan suaminya menjadi keredhaannya. 

Inilah WANITA (isteri) yang mendapat kejayaan dunia akhirat,

KUNCI KEJAYAAN KAUM HAWA (ISTERI)....!

Wahai Muslimah sejati, 
Jika engkau perhatikan dengan hati yang jernih, engkau akan dapati banyak Hadith2 Nabi yang menyebutkan kebaikan /kejayaan seseorang wanita (isteri), maka di sana akan terdapat kebaikan/kejayaan tersebut di sandarkan kepada suaminya. 

Didalam perkataan lain, Rahsia Kejayaan seseorang wanita (isteri) adalah berkait rapat dengan sikap, adab tatatertib, ketaatan, penyerahan wanita (isteri) tersebut terhadap suaminya. 

Salah sebuah Hadith yang sangat masyur yang di jadikan panduan didalam hal ini adalah: 

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku perintahkan seorang istri untuk sujud kepada suaminya2. Dan tidaklah seorang istri dapat menunaikan seluruh hak Allah terhadapnya hingga ia menunaikan seluruh hak suaminya. Sampai-sampai jika suaminya meminta dirinya (mengajaknya jima’) sementara ia sedang berada di atas pelana (yang dipasang di atas unta) maka ia mesti memberikannya (tidak boleh menolak).” [Imam Ahmad] 

Sebagaimana penjelasan Imam2 kita, manusia di larang sujud kepada manusia lain. Hanya Allah Ta'ala berhak menerima sujud hamba2Nya. 

Demikian keharaman atas manusia menyembah manusia lain, maka Isyarat Nabi di atas menunjukkan betapa besarnya hak seorang suami atas isterinya. 

Menunaikan hak suami adalah fardhu. Tanpa menunaikan hak suami, seseorang wanita tidak dapat menunaikan sepenuhnya hak Allah Ta'ala. Didalam perkataan lain seseorang isteri yang tidak menunaikan hak suaminya adalah sama seperti tiidak menyempurnakan Hak2 Allah Ta'ala ke atas dirinya yang di fardhukan. 

Dua Hadis berikut menguatkan hujjah di atas, 

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : 

“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak untuk datang maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.”(Bukhari, Muslim) 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 

لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُوْمَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ 

“Tidak boleh seorang istri puasa (sunnah) sementara suaminya ada di tempat kecuali dengan izin suaminya.” (Bukhari Muslim) 

Al-Imam An-Nawawi t berkata: 

“Larangan ini menunjukkan keharaman. Demikian yang diterangkan dengan jelas oleh kalangan ulama dari madzhab kami.” (Al-Minhaj) 

Semmangnya suami memiliki hak untuk istimta’ dengan si istri sepanjang hari. Haknya ini wajib untuk segera ditunaikan dan tidak boleh luput penunaiannya karena si istri sedang melakukan ibadah sunnah ataupun ibadah yang wajib namun dapat ditunda. (Al-Minhaj) 

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani t mengatakan: 

“Hadith ini menunjukkan lebih ditekankan kepada isteri untuk memenuhi hak suami daripada mengerjakan kebajikan yang hukumnya sunnah. Karena hak suami itu wajib, sementara menunaikan kewajiban lebih didahulukan daripada menunaikan perkara yang sunnah.” (Fathul Bari) 

Penjelasan/huraian : 

Setiap wanita Muslimah sejati (isteri) wajib berlumba2 melakukan kebajikan, khidmat, ta'at dan mencari redha suaminya jika dia ingin mencari redha Allah Ta'ala. 

Sesungguhnya telah nyata dari sekian banyak ayat2 Allah dan Hadis-Hadis Naibi, bahawa kemuliaan dan kejayaan seorang wanita (isteri) adalah di sisi suaminya. 

Adakah sekalian Muslimah menyedari hakikat ini? 
Adakah selama ini kalian menjadi 'sejuk' di mata suami ? 
Adakah kalian mencari redha suami kalian selama ini? 

Atau ... 

Kalian telah menjadi 'racun' yang mengalir didalam diri suami kalian? 
kalian telah menjadi 'penyejuk mata' orang asing? 
Kalian telah melakukan berbagai penderhakaan pada suami kalian? 

Nota penting: 
Penjelasan di atas TIDAK menafikan keperluan untuk ibadah secara fardiyyah atau jamaiyyah bagi setiap wanita (isteri). Namun apa yang ditekankan adalah kedudukan seorang isteri pada sisi suaminya didalam pencapaian redha Ilahi. 

“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak untuk datang maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.” (Bukhari, Muslim) 

No comments:

Post a Comment